Wednesday, September 24, 2008

Sahur Perpisahan






21 September 2008, Sahur perpisahan telah diadakan di Sugar and Spice bagi Squadra 25 yang akan melanjutkan pelajaran di Brighton University, United Kingdom. Seramai 11 orang telah hadir bagi meraikan malam berkenaan. Menu utama ialah Nasi Mandi Kambing iaitu menu asasi bagi Squadra selama 4 tahun berturut-turut terutama sekali menjelangnya bulan Ramadhan. Menu ini juga adalah sebagai "pemanas badan" sebelum bermulanya aksi Squadra di atas padang selepas berakhirnya Ramadhan. Shisha juga telah dihidangkan walaupun Tobacco Order telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2008 bagi larangan merokok termasuk shisha di kawasan bangunan kerajaan, tempat awam dan juga restoran. Pada waktu yang sama, lagu hari jadi turut didendangkan yang dipimpin oleh Squadra 8 yang mana Squadra 25 telah menyambut hari lahir yang ke 30 pada 19 September 2008. Dengan ini, Squadra mengucapkan selamat ulangtahun ke 30 dan semoga berjaya dalam pelajaran kepada Squadra 25.

2 comments:

pinoy said...

yup happi bday again g huz and gud luck belajar dsna k..hehe n jgn salah pelajaran yng akan d pelajari dsana atu..

squadra11 said...

Nyaman x ah nasi mandi kambing atu... Bakal ja kanyang hehe